Jumaat, Januari 20, 2012

Blog Ini

Hampir tiada fungsi sudah.

Rabu, September 07, 2011

Rangkaian So Sial

Facebook and Twitter siapa tak tahu tu kemungkinan dia kurang waras, atau tua, atau memang buat-buat tak tau. Salah satu punca aku slow update post dalam blog aku sebab dua benda alah ni la selain sebab kerja part time hari tu. Kadang-kadang blog ni sumber aku post berita/benda/update yang cool, so most of the time aku salurkan dekat Facebook or Twitter tu. Secara tak sengaja terabai blog aku ni. Kesian, alolo comolot meh.

But aku just nak discuss sikit dengan blog sendiri pasal Facebook and Twitter ni. Yes semua orang cakap benda sama, pasal Facebook and Twitter orang ramai kawan virtually tapi bila jumpa in real life pandang pun tak. Itu hikmah, manusia kan mengada, nak benda tu nampak depan mata selalu baru la dia oke sikit start sipu-sipu menggeletis sana-sini senyum manis mengorat menggeliat bagai. Anyways, apa aku nak cakap pasal dua benda ni is just aku rasa dua-dua media ni banyak tolong aku update dengan issue semasa. Tak payah habis duit beli surat khabar or tengok berita dekat TV dah sebab some things keluar lagi cepat dekat Twitter than berita dekat channel apa-apa yang ada dekat dunia ni.

Awal-awal aku buat Twitter dulu sebab nak stalk orang, cari cinta *malusipusipu* and benda-benda mengarut lagi la dulu. Budak kecik baru kenal teknologi, biasa la. But as time goes by, Twitter makin menjadi main source aku untuk refer issue semasa. Tapi most of the time berkenaan music, accident, roadblock, gossip sana-sini, etc. Sorry tak minat la berita or update politic-aku-jajah-negara-semalam ni selagi umur aku belum lepas 30, tak fun langsung baca berita or update orang bergaduh bagai semangat pasal politic. Kamon la, aku agree benda tu melibatkan issue keistimewaan kaum and agama semua. Tapi kalau korang tak start batak melebih sampai buat kaum and agama lain annoyed, takkan jadi pun. Apa-apa la, kalau cakap pasal politic memang tak habis sampai bila-bila aku punya tak suka and kutuk. Plus malas involve lebih-lebih kang kena tangkap masuk ISA la keluar berita la apa semua. Publicity macam tu tak main la bre.

Kembali ke atas landasan asal, apa-apa pun ada pro and cons and benda tu apply jugak dekat Facebook and Twitter ni. Mana yang cons tu pandai-pandai la korang deal masing-masing dah besar kan. Tapi kan, cuma satu aku rasa kesian dengan budak-budak zaman sekarang ni is that dorang sampai tak ada rasa malu tayang gambar bercomolot peluk ketat tetek lekat kat muka bagi yang terang-terang agama tak bagi tu. Buat jahat buat la sorang-sorang, tak perlu derma dosa free non-stop dekat diri sendiri. Ah, kan dah ter-jadi Ustaz kejap. Oke la bai.


Isnin, Ogos 08, 2011

Hiatus

Aku almost terlupa aku ada blog. Oke, akan hiatus untuk jangka masa yang panjang sebab kerja.

Khamis, Mei 19, 2011

Kerja Sambilan


Dah nak masuk 3 minggu aku start cuti semester. Cuti semester kali ni panjang gila, 4 bulan siot. Tapi aku still tak dapat-dapat kerja dekat mana-mana. Basically semua tempat yang aku dah applied semua kata nak call or email nanti. Tadi aku baru pergi interview untuk kerja dengan Unifi. Aku ingat kerja macam installation rupanya outdoor sales promoter tepi jalan gitu. Aku tak reti nak cakap "no" dalam situasi macam ni. Aku keep mengangguk kepala and cakap "yes", "no problem" all the way sampai habis kena interview. Last-last sampai rumah menyesal tak sudah kenapa pergi accept. Esok sepatutnya aku kena start kerja, boss suruh masuk pukul 3 petang lepas solat Jumaat. Tapi tak dapat ah, aku tak nak pergi. Tak kuasa aku nak kerja bawah panas terik panggil-panggil orang promote then orang tak layan macam cakap dengan tunggul. Bukan memilih, tapi aku tahu aku bukan jenis ramah and tak reti approach orang. Sesama mutual friends pun aku diam seribu bahasa, ini kan total strangers. Dah lah aku tak suka kerja kena cari-cari orang promote service ke product macam MLM dan yang sewaktu dengannya ni. No way dude. Sorry boss, esok saya hantar message tipu kata dah dapat kerja lain. HAHAHA!

Ahad, Mei 08, 2011

Sesi Rawak 9 : Anger Management

Referring kepada topic, benda ni oh-so-important dalam hidup kita. Kenapa? Sebab kita mungkin akan end up merogol kucing liar or buat apa-apa perkara luar tabii yang lain. Tak ada sorang pun yang hidup stress free. Even orang paling kaya and berkuasa dalam dunia pun akan ada masalah. Aku rasa kalau kurung diri dalam bilik konon nak elak dari masalah or stress pun in the end akan stress sebab terkurung. Yes, memang tak boleh lari dari stress. Benda alah ni akan haunt hidup kita selama-lamanya selagi bernafas.

Banyak sangat examples and punca kenapa orang stress. Usually stress will lead to anger. Dari anger ni lah pulak muncul segala macam masalah dalam diri. Tahan marah bukan satu benda yang senang or menyeronokkan, serious weh. Lagi-lagi kalau benda yang kita marah tu benda major. Let say, kawan kau pinjam harddisk and accidentally reformat harddisk kau yang ada 1 Terabytes of pornography. Kawan boleh jadi syaitan time ni. Banyak kali dah dalam hidup ni aku rasa lebih kurang macam tu *bukanmacamtu*. A muslim well aware yang kalau kita marah, mengucap and istighfar semua tu pengubat dia. But other alternative boleh tahan jugak. You can try take a pillow and scream your heart out on it. Tak pun boleh tumbuk bantal tu or cari lah mana-mana punching bag. Ini boleh memuaskan hati yang panas membara gila babi.

Sabtu, April 16, 2011

Evolusi Pendengaran

Audiomass Studio

Kita tak boleh lari dari membesar. Sesetengah orang tak sabar-sabar, some kalau boleh tak nak. Well, actually semua orang akan go through phase tak sabar-sabar and kalau boleh tak nak tu. Semua tu just the matter of time. Contoh macam umur around hujung-hujung high school tu macam tak sabar gila nak habis sebab bebas lah kononnya boleh smoke, tak payah pakai uniform, rambut panjang, dan macam-macam lagi. Benda yang terbalik pulak untuk orang yang dah masuk alam bekerja or bekeluarga. Macam tu lah life, macam roda, kejap dekat atas kejap dekat bawah.

Main thing aku nak tulis malam ni bukan pasal life sangat, more to evolution of my own taste in music. Baru-baru ni aku terperasan yang aku makin lama makin melayan jenis lagu yang jauh berbeza dari yang aku used to like before. Kawan aku pernah cakap, "makin tua, manusia ni makin cerewet sampai makan pun nak makan yang dia dah pernah rasa je, tak nak cuba-cuba sangat dah," True. Aku sokong statement dia tu. Dalam topic ni aku rasa makin lama aku makin dengar lagu untuk menilai, bukan untuk melayan sangat. Untuk orang lain maybe dorang tak berapa nak experience sangat pasal ni sebab unlike them, aku seorang yang enthusiast dalam music. Tapi aku bukan nak kata aku ni power or bercita-cita nak jadi macam Roslan Aziz. Just a plain enthusiast.

Aku ingat lagi awal-awal aku start melayan lagu around darjah 6 dulu, aku suka Linkin Park, Limp Bizkit dengan Eminem. Batak Hip-hop pergi sekolah pakai seluar baggy sampai kena bahan ya-a-aw, macam babi en? Mampus lah situ, benda dah lepas. Then around nak habis sekolah tu aku start layan Skinhead and Grunge bands macam A.C.A.B, The Strokes dengan Arctic Monkeys. Phase ni lah aku start masuk dunia jamming. Dah lama sikit layan J-Rock macam Dir En Grey, Glay and L'Arc En Ciel pulak. Dan banyak lagi berubah ikut masa sampai hari ni aku more to Post/Progressive Rock and Math Rock. Masalah jugak bila dah start perasaan nak layan something yang unique and lain dari orang lain ni. Kadang-kadang aku takut orang label aku ni poyo konon hebat sangat. Tapi frankly speaking, aku suka bila dengar orang kata aku ni layan genre pelik-pelik. Hihihi.

Oke aku rasa tak payah nak sambung panjangkan lagi cerita sebab dah cukup panjang, bukan ada orang nak baca lagi pun. Bye blog.

Khamis, April 07, 2011

Kemahuan Baru *update07102011:takmahudah*

Aku tahu trend fixie ni dah lama naik. Lagipun sebenarnya aku tak pernah terfikir pun nak minat kat benda ni. But since duduk dalam UPM ni and nampak certain people cycle through campus ni guna bicycle so aku rasa macam agak relevant untuk aku angkat satu. Plus tak ada lah aku nak risau kena tahan dengan Pak Guard UPM depan mana-mana gate sebab tak ada sticker or nak pening budget duit minyak. Mula-mula rasa macam nak angkat yang hijau, but then merah ni macam lagi sexxay, and baru la matching dengan Shiina! Maybe next semester which is on September aku angkat besi beroda ni. And aku nak try establish satu fixie club dalam UPM ni by creating a group account dekat Facebook untuk organize apa-apa event between UPM fixie cyclers. Tak sabar rasanya, hihihihi.

Rabu, Mac 23, 2011

Oh Incek Purfek

Meh sini Joyah, Kiyah dan Pe'ah semua. Aku ada gossip panas nak cerita hari ni. Bukan apa, biasa lah hujung-hujung bulan ni pasang-pasang telinga and mata melilau sikit. Aku tak suka kutuk-kutuk orang ni tapi kalau alang-alang prejudis, baik stereotype kan?

*ah malas type macam Cik Kiah mulut murai dah*

Aku tahu aku sendiri tak sempurna. Semua orang pun ada kekurangan masing-masing. Tapi bila sampai part berlagak tak kena masa, tempat, gaya dan level, memang aku tak boleh simpan or tahan. Aku sendiri ada pengalaman aku yang boleh tahan luas and banyak. Aku tak kisah orang nak suarakan pengalaman dorang, cuma bila sampai terkeluar ayat macam "tak apa aku dah banyak pengalaman" and pengalaman tu just jamming dengan kawan or perform dekat birthday party kawan or event sekolah menengah, simpan dalam pocket je lah bre.

Apa motive kau? Orang just tanya boleh tak dendangkan 2 lagu instead 1 lagu. Jawapan or alasan kau tak kena lah bhai. Pengalaman banyak? Haktuih. Geram aku dengan orang macam ni. Tak perlu bagi respond macam tu. Susah ke nak cakap "okay tak ada hal lah" ke apa en? Gaya and sembang nak kencang, tapi guitar sendiri pun tak ada nak kata guitar dengan amp dekat studio tu tak sedap. Oh fakerhanjing, setan dalam kepala aku mencocok-cocok lidah suruh ludah and maki kau depan-depan, tapi aku waras lagi. So aku cool depan-depan, tapi sorry lepas dalam ni. Kalau kau baca, lantak kau lah nak terasa ke apa.

Isnin, Mac 14, 2011

Mood Jiwang Hari Ini

Selanjut usia kita bersama, dari pagi hingga ke malam...Oke dahlah tu aku bukannya reti berpantun kias ni sangat. Saja bukak blog sendiri tiba lak nampak orang puji-puji en. Terus rasa macam nak tulis entri baru pwahahaha! *poyo gila*

Actually aku just ada pesanan ringkas untuk semua orang. Pesanan ni bertemakan hati dalam cinta *what the!?*. If korang dah jumpa someone yang buat korang rasa non-stop bahagia sampai bertahun-tahun tu, jagalah dia baik-baik because you won't always get a second chance in life. Gaduh-gaduh sikit tu normallah en menipu gilalah tak ada gaduh langsung. Kalau korang pernah been in relationship banyak kali macam aku *bukan nak kata aku ni hot stuff or player, cuma aku just kuat menggatal*, I bet korang mesti dapat bezakan sendiri antara relationship yang matang dengan yang tak matang. Plus korang mesti boleh rasa tahap mana and apa yang korang akan rugi bila korang buat mistake yang boleh putuskan satu relationship tu.

To put it shorter than short, janganlah sia-siakan benda yang dah terang-terang baik depan mata sendiri. A true love is not easy to find weh! Kthxbye.

*motif entri macam ni? muhasabah diri.

Isnin, Mac 07, 2011

Toy Baru

Aku sangatlah busy untuk meng-update blog sekarang. Tapi sebab terlalu excited dengan toy baru ni, so aku curi-curi masa sikit untuk brag dalam ni.


Aku baru angkat WD Elements Play ni dekat Mid Valley punya PC Fair last Friday. Dapat RM399 dari harga asal RM599, siap free HDMI cable. Actually aku beli khas untuk parents aku. Sebab dorang suka sangat download movie and burn dalam CD untuk usha dekat TV. Capacity dia 1 Terabytes tu beb, boleh usha movies, pictures and dengar lagu sampai muntah hijau. Details untuk spec dekat sini.

Oh btw, Shiina dah ada baju baru! *thank you Falil* :D


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Utara - Selatan Hwy,,Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...