Khamis, Mei 19, 2011

Kerja Sambilan


Dah nak masuk 3 minggu aku start cuti semester. Cuti semester kali ni panjang gila, 4 bulan siot. Tapi aku still tak dapat-dapat kerja dekat mana-mana. Basically semua tempat yang aku dah applied semua kata nak call or email nanti. Tadi aku baru pergi interview untuk kerja dengan Unifi. Aku ingat kerja macam installation rupanya outdoor sales promoter tepi jalan gitu. Aku tak reti nak cakap "no" dalam situasi macam ni. Aku keep mengangguk kepala and cakap "yes", "no problem" all the way sampai habis kena interview. Last-last sampai rumah menyesal tak sudah kenapa pergi accept. Esok sepatutnya aku kena start kerja, boss suruh masuk pukul 3 petang lepas solat Jumaat. Tapi tak dapat ah, aku tak nak pergi. Tak kuasa aku nak kerja bawah panas terik panggil-panggil orang promote then orang tak layan macam cakap dengan tunggul. Bukan memilih, tapi aku tahu aku bukan jenis ramah and tak reti approach orang. Sesama mutual friends pun aku diam seribu bahasa, ini kan total strangers. Dah lah aku tak suka kerja kena cari-cari orang promote service ke product macam MLM dan yang sewaktu dengannya ni. No way dude. Sorry boss, esok saya hantar message tipu kata dah dapat kerja lain. HAHAHA!

0 maki hamun:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...