Facebook and Twitter siapa tak tahu tu kemungkinan dia kurang waras, atau tua, atau memang buat-buat tak tau. Salah satu punca aku slow update post dalam blog aku sebab dua benda alah ni la selain sebab kerja part time hari tu. Kadang-kadang blog ni sumber aku post berita/benda/update yang cool, so most of the time aku salurkan dekat Facebook or Twitter tu. Secara tak sengaja terabai blog aku ni. Kesian, alolo comolot meh.
But aku just nak discuss sikit dengan blog sendiri pasal Facebook and Twitter ni. Yes semua orang cakap benda sama, pasal Facebook and Twitter orang ramai kawan virtually tapi bila jumpa in real life pandang pun tak. Itu hikmah, manusia kan mengada, nak benda tu nampak depan mata selalu baru la dia oke sikit start sipu-sipu menggeletis sana-sini senyum manis mengorat menggeliat bagai. Anyways, apa aku nak cakap pasal dua benda ni is just aku rasa dua-dua media ni banyak tolong aku update dengan issue semasa. Tak payah habis duit beli surat khabar or tengok berita dekat TV dah sebab some things keluar lagi cepat dekat Twitter than berita dekat channel apa-apa yang ada dekat dunia ni.
Awal-awal aku buat Twitter dulu sebab nak stalk orang, cari cinta *malusipusipu* and benda-benda mengarut lagi la dulu. Budak kecik baru kenal teknologi, biasa la. But as time goes by, Twitter makin menjadi main source aku untuk refer issue semasa. Tapi most of the time berkenaan music, accident, roadblock, gossip sana-sini, etc. Sorry tak minat la berita or update politic-aku-jajah-negara-semalam ni selagi umur aku belum lepas 30, tak fun langsung baca berita or update orang bergaduh bagai semangat pasal politic. Kamon la, aku agree benda tu melibatkan issue keistimewaan kaum and agama semua. Tapi kalau korang tak start batak melebih sampai buat kaum and agama lain annoyed, takkan jadi pun. Apa-apa la, kalau cakap pasal politic memang tak habis sampai bila-bila aku punya tak suka and kutuk. Plus malas involve lebih-lebih kang kena tangkap masuk ISA la keluar berita la apa semua. Publicity macam tu tak main la bre.
Kembali ke atas landasan asal, apa-apa pun ada pro and cons and benda tu apply jugak dekat Facebook and Twitter ni. Mana yang cons tu pandai-pandai la korang deal masing-masing dah besar kan. Tapi kan, cuma satu aku rasa kesian dengan budak-budak zaman sekarang ni is that dorang sampai tak ada rasa malu tayang gambar bercomolot peluk ketat tetek lekat kat muka bagi yang terang-terang agama tak bagi tu. Buat jahat buat la sorang-sorang, tak perlu derma dosa free non-stop dekat diri sendiri. Ah, kan dah ter-jadi Ustaz kejap. Oke la bai.


4 maki hamun:
hetunyuuu! salah guna social networking, mung-husss.
pejadah tu sial?
orang sengau menaip. hahaha.
cah ler kang
Catat Ulasan